6 MANFAAT PUZZLE UNTUK ANAK DI AWAL USIA

Posted by System 04/08/2017 1 Comment(s)

 

6 MANFAAT PUZZLE UNTUK ANAK DI AWAL USIA

 

 

 


Bukan saja anak-anak, kita yang dewasa juga memang suka untuk bermain puzzle. Selain dilihat menyeronokkan, bermain puzzle mempunyai banyak kelebihan kepada anak-anak kecil kita. Apa ya kelebihannya? Jom kita tengok..

 

 

1.  Mengukuhkan kemahiran menyelesaikan masalah
Apabila anak bermain puzzle, mereka akan cuba suai (try and error) untuk mendapatkan penyelesaian. Dengan memanipulasikan dan mencari jalan untuk menyelesaikan puzzle ini akan memberi pendedahan awal kepada mereka dalam kemahiran menyelesaikan masalah matematik kelak.

 

 

2.  Melatih fokus anak
Anak akan berusaha untuk menyelesaikan puzzle dengan memadankan nya pada bentuk yang sesuai. Ini dapat meningkat daya focus anak dan melatih kesabaran mereka untuk mendapatkan hasil akhir.

 

 

3.  Meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan
Memutar, menggenggam dan menggerakkan kepingan puzzle dapat melatih kekuatan motor halus anak. Pada masa yang sama, anak juga akan menggunakan mata nya untuk memuatkan puzzle di tempatnya.

 

 

4.  Belajar mengenai bentuk dan hubungan spatial
Semasa bermain puzzle, anak akan mengenal bentuk-bentuk yang terlibat dan menghubungkaitkan kesepadanan antara bentuk-betuk tersebut. 
 

 

'spatial puzzle' yang sesuai dimainkan dengan anak-anak. Dapatkannya DISINI

 


5.  Melatih kemahiran kognitif anak
Bila anak semakin besar dan memasuki sekolah, mereka akan mendapat diberi kerja sekolah dan latihan yang perlu disiapkan dalam tempoh tertentu. Anak yang selalu bermain dengan puzzle semasa kecil tidak akan kelam kabut dan akan memahami bahawa setiap tugasan perlu diselesaikan satu-persatu seperti mana mereka menyelesaikan puzzle. 

 

 

6.  Meningkatkan keyakinan diri
Anak akan rasa bangga dan berpuas hati apabila dapat menyelesaikan puzzle. Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan keyakinan diri anak dan mempersiap kan mereka untuk menghadapi cabaran-cabaran masa akan datang.

1 Comment(s)

Nadiha K:
20/04/2017, 12:02:08 PM
Reply

Hi, do you have the wooden spatial puzzle as shown above?let me know!!

Leave a Comment