Tips Mengajar Anak Berdikari

Posted by staff 28/07/2017 0 Comment(s)

 

 

TIPS MENGAJAR ANAK BERDIKARI. 

 

Terdapat pelbagai cara mengajar anak untuk berdikari. Ada sesetengah ibu rasa letih dan tidak mampu lakukan sesuatu perkara kerana anaknya masih belum pandai berdikari pada usia tertentu. Adakalanya mereka mengeluh dan tertanya-tanya bagaimana hendak uruskan anak yang ramai apabila mereka perlu uruskan semua yang serentak walaupun ada antara anak-anak itu sudah pun berumur 7 atau 8 tahun. 

 

.

Tips bagi membantu para ibubapa adalah seperti di bawah :

 

 

 

1) Apabila anda rasa, anda melakukan sesuatu perkara begitu banyak dan anak perlukan anda pada masa itu, cuba alihkan perhatian dengan mengajak anak membantu anda. Sekiranya mereka masih kecil lagi, mereka tidak akan endah melainkan anda tunjukkan dari beri sahaja objek seperti pinggan plastik kepada anak dan berjalan bersama-sama dan tunjukkan apa yang anda lakukan setiap hari. 

 

2) Senaraikan perkara-perkara yang dia boleh lakukan. Contohnya, mengangkat kain baju kotor, berus gigi dan lain-lain. 

 

3) Berikan tugas kepadanya satu persatu agar dia tidak rasa terbeban dan yakin bahawa dia boleh membantu dan rasa seronok membantu ibubapa di rumah. 

 

4) Tentukan masa apabila berikan tugas itu agar anak tahu masa itu penting dan emas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. 

 

5) Berkolaborasi atau bekerjasama apabila anak tidak mahu lakukan tugas itu secara tiba-tiba. Contohnya, sekiranya dia tidak mahu mengangkat pinggan dan cawan ke dapur. Mungkin anda boleh angkatkan pinggan dan dia angkat cawan. Ini adalah untuk menambahkan keseronokan dalam membuat sesuatu tugas itu dengan bersama-sama dan anak juga suka. 

 

6) Jangan harapkan anak itu seperti kita dan sempurna di dalam melakukan sesuatu tugas. Mungkin ada kelemahan dan belum mahir. Jangan kritik dan berikan ruang dan masa untuk anak mempelajari dalam melakukan sesuatu. 

 

7) Apabila anak melakukan sesuatu dengan apa yang kita minta. Jangan lupa pujian dan kata-kata positif. 

 

8) Awas! Lihat dan ambil tahu situasi anak sebelum meminta anak melakukan apa yang anda hendak. Sekiranya, anak itu demam, jangan tertekan, rehatkan minda dan lakukan apa yang termampu. 

 

.

Percayalah, suatu hari nanti, anak akan rasa gembira dan dia akan kata, "yey!! saya sudah pandai!!" atau "saya suka bantu ibu dan ayah saya". Lakukan sesuatu kerana Allah swt dan banyakkan sabar. 

 

.

Penulis Tamu

Sharifah Natasha Syed Abdul Jalil

Penulis Modul Islamik. 

Leave a Comment