Cara Ajar Anak Mengaji di Awal Usia

Posted by System 28/10/2016 3 Comment(s) Perkembangan Anak-Anak,

cara ajar anak mengaji alquran seawal usia

 

 

Setiap ibu pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak nya. Seperti ibu-ibu lain, saya juga mahu mengajarkan anak saya mengaji Al-Quran sedari bayi lagi.

 

Selepas saya mengikuti program Puan Lina Karim, saya begitu teruja dengan kaedah beliau mengajar anak-anaknya, Darwisy dan Darwisya yang berjaya menghafal al-quran seawal usia 3 tahun.

 

Saya pula, mula ajar anak mengaji ketika anak saya Nurul Huda berumur 3 tahun 8 bulan.

 

Sebenarnya banyak kaedah untuk ajar anak-anak mengaji, antaranya kaedah kovensional macam kita dulu-dulu “alif di atas aa, alif di bawah uu, alif di depan uu”… (ingat lagi tak )

 

Ada juga kaedah yang terus baca tanpa mengeja seperti kaedah iqra, ada juga kaedah ketuk-ketuk macam Al-Baghdadi. Tapi saya pilih kaedah Al-Furqan untuk ajar anak ngaji. Meh saya story mory sket pasal Al Furqan ni ya

 

 

KENAPA SAYA PILIH AL-FURQAN?

 

Sebab silibusnya sesuai untuk ajar anak-anak seawal 1 tahun..

 

Lagipun kaedah Al Furqan anak-anak diajar bermula dengan huruf-huruf yang senang sebut dan ingat, contoh Ma, Ba, Na, Aa. Kalau kita perasan, bunyi-bunyi ni dah disebut ketika mereka baru nak bercakap.

 

Bunyi yang makhraj dia susah sikit macam kho, dho tu di kemudiankan.

 

Oh ya, satu lagi.. kaedah al-furqan ni terus belajar bunyi huruf, macam iqra’.

 

 

MACAM MANA SAYA MULA AJAR DIA?

 

Ni nak cerita la ni. :). Budak-budak ni daya fokus mereka tak terlalu lama macam kita orang dewasa. Jadi kita kena teknik santai-santai. Belajar sambil bermain.

 

 

Bagi Dengar Lagu Dulu

 

Saya pasang VCD Lagu Al-Furqan di rumah. Dalam VCD ni ada 4 buah lagu. Pada mulanya saya banyak pasang lagu yang pertama, yang huruf berbaris atas dulu.

 

Tengok dalam gambar ni, betapa sukanya mereka dengar lagu-lagu tu 

 

Animasi lagu Al-Furqan menarik minat anak-anak untuk belajar mengaji

 

Yang seronoknya, VCD ini ada animasi. Contohnya, bila sebut Ma, dikaitkan dengan mama, Ba dikaitkan dengan Baba (ayah). Anak-anak saya memang seronok dengar dan menyanyi sama-sama.

 

 

 

 

Guna Kad Imbas

 

Saya tunjuk kad imbas pada anak-anak masa lagu dipasang. Contoh Na, saya akan ambil kad imbas Na dan ulang-ulang sebutan tu kepada merek. kadang-kadang saya mintak dia match kan huruf pada kad imbas dan pada video.

 

Dengar lagu Al-Furqan dan cari kad imbas yang sepadan

 

 

Saya juga tunjukkan kad imbas masa Huda main, lepas mandi, lepas makan, sambil tengok TV. Alhamdulillah, dalam masa sebulan Huda dah kenal semua huruf2 berbaris atas yang mudah. (Dalam buku al-furqan ada tunjuk step nak ajar huruf yang mana dulu).

 

Saya mula masuk baris bawah pula. Guna kaedah yang sama.. Alhamdulillah, nampaknya lagi mudah dia dapat. Malah saya terus kenalkan dengan baris depan pula. Dia dah pandai bezakan bunyi nya bila tengok barisnya.

 

 

Belajar Dimana Sahaja

 

Selain tu, saya ada juga tampal kad imbas pada dinding. Bila-bila masa bila lalu berdekatan dinding tu, saya tanyalah anak kad ini bunyi apa. Atau saya sebut bunyi dan mintak Huda tunjukkan kad mana yang saya baca.

 

Tampal di kad imbas furqan di dinding supaya boleh beraktiviti bila-bila masa

 

 

Guna Buku

 

Setiap malam pula, saya akan ajar anak mengaji gunakan buku Al-Furqan. Sehari satu muka surat saja. Sebab, anak-anak kecik ni tak boleh fokus lama-lama, nanti mereka cepat bosan.

 

Tapi, bila anak dah mula pandai baca, mereka yang beria-ria nak kita ajarkan muka surat baru.

 

Kadang-kadang saya bagi dia reward macam sumi, vitagen atau biskut kalau dia dapat habiskan satu muka surat.

 

 

JANGAN PAKSA-PAKSA

 

Sekarang Huda baru nak masuk buku 2, bacaan huruf bersambung. Alhamdulillah.. Agak mencabar juga. Teknik dia, don’t push.. jangan marah or paksa dia untuk pandai terus. Dalam buku furqan ni, ada tunjuk macam mana huruf tu dalam keadaan tunggal dan bersambung.

 

Alhamdulillah, anak saya dah boleh baca huruf bersambung sikit-sikit. Sudah pandai baca tiga huruf bersambung, cuma perlu latihan saja..

 

 

TIPS BAGI REWARDS KEPADA ANAK

 

Sebelum ni saya rewards dengan makanan, tapi baru-baru ini saya dapat 1 idea dari kawan-kawan FB.

 

Caranya kita tampal sticker-sticker comel setiap kali anak habes baca muka surat yang kita mahu. Dengan cara ni, anak saya sendiri yang minta nak mengaji sebab dia nak sticker tu :) :)

 

Macam kita sekolah rendah dulu cikgu bagi 1-5 bintang untuk kerja rumah. Kita akan cuba buat yang terbaik untuk dapatkan banyak bintang. Lebih kurang macam ni la konsepnya.

 

So dengan adanya sticker-sticker ni, memang dia bersungguh nak mengaji. Habuan lepas mengaji, kita tampal sticker pada buku.

 

 

MASA YANG SESUAI UNTUK AJAR MENGAJI

 

Saya tak tau orang lain macam mana, tapi untuk kami anak-beranak masa yang paling sesuai samada antara maghrib dengan isyak atau selepas isyak. Biasanya selepas isyak la sebab lepas maghrib makan malam.

 

Ada dua sebab sebenarnya kenapa kami gemar waktu-waktu ni.

1. Nak biasakan anak-anak dan kami supaya tak tengok TV selepas maghrib. 

2. Masa ni biasanya anak-anak masih segar bugar sebab baru lepas mandi dan makan.

 

Kalau anak-anak belum bersekolah (tadika) atau puan-puan buat fully homeschool, boleh susun jadual untuk anak dari pagi. Pastikan jadual tu sesuai untuk anak-anak yang belajar sambil bermain. :)

 

 

SET CEPAT MENGAJI ALQURAN KAEDAH ALFURQAN

 

 

Inilah set Al-Furqan tu yang saya guna tu. Yang ni Pakej Asas, sudah memadai untuk bermula. Dalam set ni ada Buku Al-Furqan Tahap 1-4, VCD Panduan Mengajar, Kad Imbas Al-Furqan, VCD Lagu Al-Furqan dan percuma Buku Mewarna Al-Furqan

 

 

 

 

Dalam Buku Al-Furqan Tahap 1, anak diperkenalkan dengan 14 huruf yang paling mudah dan kerap digunakan. Bagi 14 huruf, diajar dalam Buku Tahap 2. Masuk Buku Tahap 3, anak dah belajar mad asli, tanwin dan tasyhud. Buku Tahap 4 mereka belajar membaca huruf bersambung dan beberapa tajwid lain.

 

Set yang lebih advance pun ada, namanya set Bestari Al-Furqan. Dalam set bestari siapa ada buku panduan solat, tajwid advance dan poster makhraj.

 

Kalau berminat nak dapatkan Al-Furqan Pakej Asas, boleh klik banner dibawah. 

 

Doakan saya terus istiqamah mengajar anak mengaji ya. Semoga post ini dapat membantu ibu-ibu yang nak ajarkan al-quran kepada anak-anak..

 

cara ajar anak mengaji alquran kaedah alfurqan

 

 

3 Comment(s)

nortima nasil:
08/09/2015, 01:50:35 PM
Reply

assalamualaikum macam mana caranya saya Nak membeli buku Dan vcd alfurqan.

System Administrator:
11/09/2015, 11:23:55 AM

Wslm Pn Nortima, puan boleh whatsapp team kami di 0182716899 ya, insyaallah team akan assist untuk pembelian. ATAU puan boleh terus 'place order' di http://junioraulad.com/v2/home-schooling/pakej-mengaji-alfurqan.Terima kasih ^^

Azli:
21/06/2017, 07:13:37 PM
Reply

Mcm mana nk dptkn alfurqan

System Administrator:
28/06/2017, 08:59:01 AM, http://www.junioraulad.com
Reply

Tuan boleh klik link ini ya : http://junioraulad.com/pakej-asas-alfurqan. TQ

Leave a Comment