Idea Menu Bekal Untuk Anak-anak Ke Tadika

Posted by System 21/10/2016 0 Comment(s)

 

 

 

Minda yang cerdas adalah anugerah Allah SWT. Walaubagaimanapun pemakanan sihat adalah faktor utama yang menyumbang kecerdasan minda anak-anak.

 

Sejauh mana kah kita sebagai ibubapa mengambil berat tentang pemakanan anak-anak?

 

 

Sesibuk manapun kita, sudah menjadi tanggungjawab kedua ibubapa untuk  menyediakan makanan yang berkhasiat kepada anak-anak.

 

 

Jom lihat contoh-contoh bekal yang menarik  :

 

 

 

 

Persembahan bekal yang menarik akan mempengaruhi minat dan membangkitkan selera anak-anak untuk makan. Ini dapat mendorong anak-anak yang memilih makanan terutama mereka yang kurang gemar memakan buah-buahan dan sayuran.

 

Cookie cutter boleh digunakan untuk menerap/memotong buah-buahan dan sayuran supaya menu anda nampak lebih menarik.

 

 

 

 

 

Pastikan bekal anak-anak terdiri daripada :

 

1. Buah-buahan

 

2. Menu utama dan tambahan

 

3. Sayuran

 

 

Jangan lupa untuk mengajar anak-anak memakan buah-buahan terlebih dahulu seperti amalan baginda Rasulullah SAW.

 

Dan dibawah ini pula menu-menu ringkas yang hanya memerlukan beberapa bahan dan tidak memerlukan masa yang begitu lama untuk disediakan.

 

  • Aneka buahan : kurma, epal, tembikai susu, pear, pisang, oren, betik dll.
  • Sayur rebus : brokoli, lobak merah, bunga kubis, kacang pis dll.
  • Biskut dan jem / kaya / tuna / peanut butter
  • Roti telur kaya / peanut butter / madu / cheese
  • Sandwich tuna / telur
  • Cheesy sandwich gulung
  • Mac n cheese
  • Spaghetti bebola daging
  • Potato wedges dan mayones
  • Cheesy scrambled egg bersama sosej
  • Lempeng kosong / pisang bersama madu
  • Pizza roti gardenia
  • Nasi goreng nugget
  • Nasi kicap ayam goreng dan telur mata
  • Nasi kepal tuna (tuna onigiri)
  • Nasi tomato dibungkus dengan omelet

 

Tips tambahan :

 

1. Seeloknya gunakan bekal yang ada compartment supaya makanan tidak bercampur terutamanya untuk mengekalkan kesegaran buah-buahan dan sayuran rebus

 

2. Sediakan jadual menu harian dan lekapkan di dapur

 

3. Olahkan menu dan gunakan kreativiti anda supaya anak-anak tidak makan menu yang sama sahaja

 

Selamat mencuba!

 

 

Penulis Tamu

Nur Hanan merupakan seorang jurutera dan seorang ibu yang menitik berat pendidikan awal untuk anak-anaknya baik duniawi dan ukhrawi

 

Leave a Comment