Kursus Intensif Bacalah Anakku

Mengajar Anak Membaca Dengan Kaedah Fonik Bacalah Anakku

Posted by System 06/08/2018 0 Comment(s)

 

 

Kaedah fonik semakin mendapat tempat dalam masyarakat hari ini. Baik dalam kalangan pendidik mahupun golongan marhein. Masakan tidak, kaedah fonik ini benar-benar terbukti cepat, mudah dan berkesan untuk mengajar anak-anak membaca. Bahkan, guru-guru pemulihan dan pendidikan khas juga memperaku keberkesanan kaedah fonik.

 

 

Sebelum kita belajar cara untuk mengajar, jawab soalan pertama ini, apa itu kaedah fonik? ☺

 

 

'Fonik' bermaksud bunyi yang paling asas dalam pertuturan kita. Mari saya berikan satu contoh. Perkataan 'ani' misalnya. Cuba kita sebut perkataan ini secara perlahan (slow motion), pastinya kita akan dapat dengar 3 bunyi ini; 'aaa' 'nnn' 'iii'. Tiga bunyi inilah yang dipanggil sebagai bunyi asas atau bunyi fonik. Oleh itu, proses membaca dalam kaedah fonik adalah dengan menggabungkan bunyi-bunyi ini bagi membentuk sukukata dan perkataan.

 

 

Dalam kaedah konvensional iaitu dengan mengeja, anak-anak perlu mengenal abjad dan mengeja sambil menghafal sukukata. Contohnya b + a = ba, b + i = bu dan seterusnya. Perhatikan jadual di bawah, ada 126 sukukata terbuka perlu dihafal.

 

 

 

 

 

Dalam Bahasa Melayu, ada 14 akhiran yang kerap digunakan seperti n, m, k dan terdapat juga akhiran 'ng'. Oleh itu, 26 abjad + 126 sukukata terbuka + 1764 sukukata tertutup + 126 sukukata akhiran 'ng' = 2042 bunyi perlu dihafal. Inilah antara punca kenapa anak lambat boleh membaca.

 

 

Sekarang, perhatikan pula senarai bunyi asas atau fonik yang perlu di hafal

 

 

 

 

 

 

Kita cukup bertuah kerana Bahasa Melayu antara bahasa yang mudah untuk dipelajari di dalam dunia. Hanya terdapat 31 bunyi asas sahaja yang perlu dihafal. 31 bunyi ini akan digabungkan menjadi sukukata tanpa perlu dihafal. Sukukata pula membentuk perkataan. Dalam English Phonics, proses ini dipanggil sebagai sound blending. Dalam Bahasa Melayu, kami namakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku.

 

 

Saya berikan contoh. Dalam kaedah konvensional, anak tidak akan dapat membunyikan sukukata 'ba' melainkan guru perlu terlebih dahulu perlu mengajar bahawa b + a = bunyi nya ba. Proses yang berlaku adaah proses menghafal.

 

 

Sebaliknya untuk anak-anak fonik, mereka sendiri dapat membunyikan 'ba' tanpa perlu dibunyikan oleh guru terlebih dahulu. Begitu juga dengan perkataan seperti 'ani, 'ana', 'ban', semuanya dapat digabungkan oleh anak-anak dari 31 bunyi di atas. Proses yang berlaku adalah proses menggabungkan bunyi. Rujuk contoh 'ani' di atas, anak akan gabungkan bunyi /a/, /n/ dan /i/ dan membunyikan sendiri 'ani' tanpa perlu dibunyikan terlebih dahulu oleh guru.

 

 

Inilah sebab kenapa kaedah fonik bacalah anakku mudah & cepat untuk anak-anak pandai membaca

 

 

Sesetengah anak dapat memahami konsep menggabungkan bunyi dengan cepat, sesetengahnya pula mengambil masa. Jika mereka mampu menguasai kaedah menggabungkan bunyi, mereka akan dapat membaca seribu satu sukukata dan perkataan dengan cepat dan mudah. Malah, anak-anak lebih cepat mampu membaca Bahasa Inggeris kerana banyak bunyi-bunyi asas dalam bahasa ini sama dengan bunyi asas dalam bahasa kita dan diwakili oleh simbol/huruf yang sama.

 

 

Sebagai ibubapa, persiapkan anak-anak kita sejak dari kecil dengan rangsangan awal fonik agar mereka bersedia untuk belajar membaca lebih awal & mudah memahami konsep menggabung bunyi suatu hari ini.

 

 

Bagi memastikan keberkesanan kaedah gabung bunyi ini, peraturan berikut wajib dipatuhi.

 

  • jangan ajar anak nama huruf, sebaliknya ajarkan bunyi huruf. Mainkan lagu fonik ABU ADA AYAM untuk lebih santai.
  • ajarkan anak menggabungkan bunyi, bukannya mengeja. Mulakan dengan bunyi yang mudah, rujuk buku 1 dalam set Bacalah Anakku
  • jangan campuradukkan nama huruf dengan bunyi huruf. Contoh, jangan ajarkan anak ini huruf A, bunyinya aa.
  • Hanya perkenalkan ABC selepas anak sudah pandai membaca sebagai persiapan ujian LINUS nanti.

 

 

 

 

 

PANDUAN ASAS MENGAJAR ANAK MEMBACA KAEDAH FONIK

 

 

1. Ajarkan Bunyi Huruf

 

Ajarkan anak bunyi huruf dari buku 1 Bacalah Anakku. Sebut begini kepada anak.

 

Dengar elok-elok dan tengok mulut ummi.

 

beh... beh... beh... beh... beh...

 

Pastikan anak dapat melihat dengan jelas pergerakan mulut, kedudukan lidah dan gigi agar anak boleh membunyikan dengan betul. Sebut bunyi sebanyak 5 kali, satu persatu (pause antara bunyi)

 

Tanyakan anak, bunyi apa yang didengari nya? Minta anak ulang semula.

 

Praktik kan juga teknik asosiasi, iaitu mengaitkan bunyi tadi dengan sesuatu aksi yang relevan. Contohnya bunyi /a/ (sebut aaa), dengan aksi aaa... panas, aaa.... api

 

 

 

2. Kenalkan Bentuk Huruf

 

Sekali lagi diingatkan, jangan perkenalkan nama huruf. Sebaliknya kita mahu perkenalkan bentuk huruf sahaja. Misalnya, bunyi 'beh' diwakili oleh simbol 'b'. Dalam proses mengenal bentuk huruf, kita akan menggunakan kad imbas atau lain-lain bahan bantu mengajar yang sesuai.

 

Imbaskan kad huruf sambil menyebut bunyi huruf berkenaan.

 

Langkah ini sangat penting. Pastikan anak benar-benar mengenal bentuk huruf dan bunyi yang diwakilinya. Buatlah aktiviti seperti membentuk huruf menggunakan plastesin, atau menulis huruf dengan jari dan cat air.

 

 

 

3. Ajarkan Anak Menggabungkan Bunyi

 

Baik, setelah anak menguasai bunyi huruf dan mengenal bentuk huruf tersebut, kini masanya untuk ajar mereka menggabungkan bunyi pula. Proses menggabungkan bunyi adalah kunci utama kejayaan kaedah fonik

 

Caranya begini:

 

i) Mula-mua, anda tunjuk dan sebutkan bunyi /n/ ........ /a/,  /n/ ........ /a/,  /n/ ........ /a/ jadi /na/.

Sebut perlahan-lahan, kemudian semakin cepat.

Ulang 2 kali.

 

ii) Minta anak anda untuk sebut bersama-sama pula

Ulang 2 kali

 

iii) Kemudian, anda tunjuk kad /n/ ........ /a/,  /n/ ........ /a/,  /n/ ........ /a/, jadi? (anak jawab /na/)

Ulang 2 kali

 

Tak faham? tengok video ini

 

 

Tonton Video : Cara Menyebut Bunyi Yang Betul & Cara Menggabungkan Bunyi

 

 

LANGKAH SETERUSNYA?

 

Selepas anda mengetahui apa itu fonik dan cara mengajar menggunakan kaedah ini, sudah tentulah langkah seterusnya adalah anda perlu ada Pakej Bestari Bacalah Anakku. Sangat obvious kan? Kalau tak ada, macam mana mahu ajar anak membaca dengan kaedah fonik.

 

Klik DAPATKAN DISINI untuk kandungan produk. 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Comment