Rancang 5 Perkara Untuk Tahun 2018

Posted by System 09/11/2017 0 Comment(s)

 

 

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".

(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)

 

 

Rakan-rakan pembaca,

 

 

Tiada siapa yang tahu apa akan terjadi pada hari esok. Kita mungkin boleh merancang kehidupan kita untuk tahun ini, 5 tahun, 10 tahun atau 25 tahun akan datang, tetapi "whatever can go wrong, will go wrong." (kalau benda nak jadi, tetap akan jadi, kata orang tua-tua)

 

Kalau begitu, perlu kah kita merancang? Sudah tentu perlu!

 

Kita masih perlu merancang supaya tahu arah tuju dan apa yang patut dibuat untuk capai tujuan tersebut. Cuma, perancangan kita perlulah fleksibel supaya mudah disesuaikan dengan perkara-perkara di luar jangka

 

Mari kami tunjukkan apa yang perlu dirancang.

 

 

Rancang Matlamat Hidup 

 

"Tidak Aku jadikan jin dan manuasia, melainkan untuk beribadah kepadaKu" (AzZariyat, 57)

 

Indahnya kita orang Islam, segala kerja buat kita di dunia adalah ibadah dan diganjari pahala jika dilakukan kerana Allah.

 

Jadi, elok kita perhalusi matlamat hidup dalam beberapa kategori supaya lebih mudah diurus dan dinilai sebagai ibadah.

 

Misalnya matlamat lillahi ta'ala tadi boleh dipecahkan kepada spiritual, fizikal, intelektual, emosi, pasangan, anak, kerjaya dan kewangan.

 

 

 

Rancang Pelan Matlamat

 

Setelah matlamat hidup dikenalpasti, sekarang masanya untuk merangka pelan bagi mencapai matlamat itu

Pecahkan tindakan kita kepada harian, mingguan, bulanan, tahunan dan beberapa sela masa sebagai kayu ukur atau 'milestone'

 

Ini contohnya

 

 

 

Rancang Skrip Doa

 

Usaha kita tiada berbekas. Allah jualah yang memperkenankan apa yang kita hajati

 

Kebanyakan kita berdoa dalam bahasa Arab tanpa kita faham maksud doa. Kerap juga kita tidak tahu apa yang mahu diminta.

 

Kali ini, mari kita rancang apa yang mahu dipanjatkan kepada Yang Maha Pemberi.

 

Rujuk kembali matlamat dunia dan akhirat tadi

 

Draftkan doa dalam bahasa yang kita faham. Berdoalah selepas solat dan dalam munajat kita kepada Allah agar matlamat tadi dimakbulkan Allah

 

 

 

 

Rancang Aktiviti Rutin

 

Kadangkala kita mengeluh betapa kita tidak cukup masa untuk itu dan ini. Cuba muhasabah, benarkah masa tidak cukup atau sebenarnya kita tidak merancangnya dengan betul.

 

Misalnya untuk ke pejabat, kadangkala kita keluar seawal 7.00pagi dan sempat bersarapan di pejabat. Ada ketikanya kita terlengah untuk perkara tidak perlu dan keluar lambat ke pejabat. Natijah tidak cukup masa untuk bersarapan.

 

Banyak aktiviti kita yang bersifat rutin. Aktiviti sebegini perlu dijadualkan supaya masa dapat diperuntukkan sewajarnya untuk aktiviti tersebut.

 

 

 

Rancang Aktiviti Mingguan/Bulanan

 

Ambil kalendar untuk sebulan. Catat aktiviti-aktiviti yang akan dibuat pada bulan tersebut. Contohnya jemputan kenduri, mesyuarat, seminar, hari buku rekod anak-anak dan lain-lain

 

 

 

Setelah direkodkan, kita akan dapat lihat dengan sekali imbas hari-hari yang sibuk dan hari-hari yang lapang. 

 

Hari yang sibuk mungkin perlu diperincikan lagi jadualnya mengikut minggu atau harian, supaya semua yang dirancang terlaksana. Hari yang tidak sibuk pula boleh dimanfaatkan untuk mengejar matlamat dan pelan matlamat yang sudah dirancang.

 

 

 

Ini contoh bagaimana membuat perancangan mingguan. Senaraikan dulu aktiviti-aktiviti yang mahu dilakukan pada minggu tersebut.

 

Kemudian, masukkan senarai tadi mengikut hari yang sesuai.

 

 

Alat Untuk Merancang

 

Banyak aplikasi yang boleh dimuat turun dari smartphone. Tapi saya secara peribadi, masih selesa menggunakan 'planner' fizikal seperti Planner Muslimah Produktif ini.

 

Sebabnya

 

1. Template untuk merancang seperti diatas sudah tersedia. Tinggal lagi untuk diisi

 

2. Ruangan buku planner lebih besar berbanding skrin smartphone kita, oleh itu senang untuk dilihat dan menilai perancangan kita

 

 

 

 

dapatkan Planner Muslimah Produktif 2018 disini

Leave a Comment