Tips Bawak Anak Kecil Ke Masjid Solat Terawih

Posted by System 17/03/2017 3 Comment(s)

(kredit : https://fareezfadzil.wordpress.com/2014/07/02/the-night-before-fasting/)

 

 

TIPS BAWA ANAK-ANAK KECIL KE MASJID


Bila tiba bulan ramadhan, hati semakin menggamit-gamit untuk solat tarawikh berjemaah di masjid. Tapi apakan daya, saya ada 2 orang anak kecil yang belum mumaiyiz (membezakan baik dan buruk) dan dibimbangi akan membuat bising di masjid dan mengganggu Jemaah lain.


Saya juga berazam untuk membawa kedua puteri saya ini ke masjid, bermula bulan Ramadhan ini dan insyaallah akan menjadi amalan pada bulan-bulan lain.


Pernah sekali saya bawa mereka ke masjid berhampiran rumah saya, si kakak yang berumur 4 tahun boleh duduk diam. Cuma si adik yang baru 2 tahun yang agak agresif berbaring di tempat sujud saya sehingga saya terpaksa bergerak sedikit untuk sujud. Alhamdulillah, Cuma mengganggu saya saja dan masih tidak mengganggu Jemaah lain.


Oleh itu, saya kongsikan di sini beberapa tips yang saya dapat hasil perkongsian bersama ibu-ibu lain :

 

 

1. PILIH MASJID YANG MESRA KANAK-KANAK


Ada masjid yang menyediakan kemudahan nurseri untuk ibu-ibu yang mempunyai anak kecil untuk solat berjemaah di masjid. Jika di Selangor contohnya seperti Masjid negeri Shah Alam, Masjid Wilayah dan Masjid Bukit Jelutong.

 

Jika di kawasan anda tiada masjid seperti itu, anda juga boleh bawa anak-anak ke masjid yang mempunyai ruang solat agak lapang dan selesa. jika masjid besar dan luas, bunyi bising anak-anak juga dapat dikurangkan.

 

 

 

2. PILIH MASJID YANG KURANG JEMAAH


Ada masjid yang jumlah Jemaah nya tidak berapa ramai, jadi lebih mudah bawa anak ke sini. Kadangkala, fenomena ini juga berlaku bila tiba di pertengahan atau hujung Ramadhan. Ini memang masa terbaik untuk bawa mereka :)

 

 

 

 

 

3. PESAN PADA ANAK SEBELUM KE MASJID

 

Untuk anak yang sudah faham arahan, pesan awal-awal pada anak supaya kawal tingkah laku semasa di masjid. 

 

Puji anak apabila mereka berkelakuan baik dan biarkan mereka menerima hukuman dengan tidak membawa ke masjid pada hari seterusnya sekiranya anak masih juga buat bising dan mengganggu para jemaah.

 

 

 

 

4. SOLAT DI SOF PALING HUJUNG & BELAKANG


Saya rasa kebanyakan ibu memang biasa ambil port ni. Kita lebih selesa solat dan anak duduk di sebelah kita.

 

Lebih-lebih lagi bila beranak kecil ini memerlukan kita kerap ke tandas untuk menukar lampin dan sebagainya. Jadi, masjid yang mempunyai ruang solat yang hampir dengan tandas juga dapat membantu.

 

 

5. BAWA BUKU AKTIVITI UNTUK ANAK-ANAK

 

Kanak-kanak akan cepat bosan bila mereka duduk diam terlalu lama. Untuk elakkan anak mengganggu Jemaah lain, anda boleh cuba memberikan buku-buku atau mainan yang rasional untuk dibawa ke masjid. 

 

Pernah dengar busy bag? Busy bag ni antara cara nak buat anak saya fokus (walaupun tak lama, tapi ternyata membantu). Anda boleh buat carian di google bagaimana nak membuat busy bag.

 

 

 

Mahu anak leka dengan busy bag? Klik sini

 

 

6. MULAKAN DARI AWAL


Kebanyakan kenalan saya membawa anak mereka ke masjid ketika anak masih bayi, dalam lingkungan umur 1 tahun dan ke atas.

Hasilnya, anak mereka tiada masalah jika dibawa ke masjid kerana telah dibiasakan dengan suasana di masjid.

 

Ada juga ibu yang menyarankan agar membawa anak-anak ke masjid sebelum Ramadhan lagi, ketika masjid tidak penuh dengan Jemaah supaya kita dapat train anak dari awal.

 

 

 

7. BERHENTI SOLAT TARAWIKH JIKA TERPAKSA

 

Kadangkala ada keadaan yang memaksa untuk kita berhenti dari solat sunat Tarawikh seperti anak menangis, meragam nak balik cepat atau berlari-lari dan terlalu bising sehingga mengganggu jemaah yang lain.

 

Apabila keadaan ini berlaku, seeloknya kita berhenti solat dan dapatkan anak walaupun baru solat sunat tarawikh sebanyak 2 rakaat.

 

Walaupun tujuan kita memang untuk beribadah di masjid, tetapi fokus lebih utama kita adalah kepada anak-anak.

 

Lebih baik kita duduk dan pastikan mereka tidak mengganggu para jemaah lain. Apa yang penting, kita sebenarnya telah pun pendedahan dan pengalaman kepada anak untuk cinta kepada masjid seawal usia mereka.

 

Insyaallah, semoga niat kita mendapat pahala dan ganjaran yang besar di sisi-Nya.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu. Jom pupuk anak cintakan masjid ^_^

 

APA TIPS LAIN YANG ANDA AMALKAN?

 

Rasanya ramai pembaca artikel ini sudah biasa bawa anak-anak ke masjid bukan sahaja untuk terawih tapi untuk solat-solat wajib biasa juga. Boleh kongsikan tips yang puan guna diruangan komen dibawah? Moga ada manfaat untuk pembaca yang lain :)

 

 

 

3 Comment(s)

Ida:
03/06/2017, 03:44:39 PM
Reply

Mohon share..terima kasih ^_^

eda:
06/06/2017, 05:31:23 PM
Reply

menjadi fenomena tahun ni rata-rata anak-anak yang dibawa dibekalkan dengan gajet. positifnya : anak-anak duduk senyap. negatifnya : (tak tahu nak komen apa.)tapi pandangan peribadi saya, ia pemandangan yang seronok dilihat

ummi:
12/06/2017, 02:22:31 AM
Reply

sy mencadangkan adakan ruang khas utk ibu2 yg bawa ank2 kecil antaranya spt di masjid Nabawi. Baru2 ini ada terjadi anak kecil yg dibawa ibu berjalan di antara ruang solat. Nenek2 ni tanggal cermin mata letak dlm beg.. si cilik ghairah tgk and bawa lari spek.. aduh nenek tgh solat jd tidak khusyuk.. dlm hati berkata jenuh pulak nk cari si cilik yg berlari nakal (nasib baik diletakkan nya balik).. kalau tidak, alamat nenek xleh nk balik, sbb tak nampak nk drive.. hehe..

Leave a Comment