Informasi Penting

Pakej Asas AlFurqan | Ajar Anak Mengaji Dirumah

Pakej Asas AlFurqan | Ajar Anak Mengaji Dirumah
Views: 2974 Product Code: EDU
Availability: 14
RM70.00 Ex Tax: RM70.00
Qty: Add to Cart

Pakej Asas AlFurqan

Ajar Anak Mengaji Di Rumah

 

Sebelum kita bermula, mari tonton rakaman aksi Adik Iman Naufal ini:

 

Tahniah kepada Puan Nordila Bt Ahmad yang berjaya mengajar anaknya Iman Naufal Hakeem B. Herman 2 tahun 2 bulan menggunakan Kad Imbas Al-Furqan.

 

Sekiranya mampu, ajarlah sendiri anak-anak mengaji AlQuran di rumah. Kaedah AlFurqan disusun supaya anak anda dapat membaca AlQuran dengan cara yang mudah dan cepat di awal usia.

 

Keistimewaan Produk

  • ✔ Cepat. Terus kenalkan sebutan huruf berbaris tanpa perlu mengeja. Anak akan lebih cepat pandai mengaji.
  • ✔ Mudah. Perkenalkan sebutan yang mudah terlebih dahulu seperti 'ma', 'ba', 'da'. Jadi anak-anak rasa seronok kerana 'sudah pandai mengaji',dan semakin excited untuk baca sebutan berikutnya. Kejayaan yang kecil menjadi motivasi untuk kejayaan yang lebih besar.
  • ✔ Menarik. Disertakan VCD lagu alfurqan, kad imbas dan buku latihan. Anak-anak boleh ikut menyanyi sambil menghafal sebutan huruf. 

 

Kandungan Pakej Asas AlFurqan

  • ​Buku AlFurqan 1-4
  • VCD Lagu AlFurqan
  • Buku Mewarna AlFurqan
  • Kad Imbas AlFurqan

 

Buku AlFurqan

 

Terdapat 4 buah buku AlFurqan untuk mengajar anak anda mengaji. Disertakan juga VCD panduan mengajar untuk ibu bapa agar dapat memahami cara menggunakan buku ini dengan betul.

 


 

Buku Mewarna & VCD Lagu-Lagu AlFurqan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mainkan VCD Al-Furqan dulu untuk anak-anak anda. Anak-anak akan belajar mengenal bunyi-bunyi huruf sambil menyanyi.Anak-anak tidak mudah bosan dan lebih mudah ingat bunyi huruf melalui aktiviti ini. Buku mewarna pula boleh digunakan sebagai salah satu aktiviti bersama anak-anak


 

Kad Imbas Al-Furqan

Kad yang membantu anak-anak anda lebih faham dan ingat pelajaran yang ada dalam set buku Alfurqan. Huruf yag besar pada kad imbasan ini membantu anak lebih mudah dan faham set buku yg mereka gunakan.


 

Tips Untuk Ibu Berkerjaya

Mungkin ada yang mengeluh, "Oh saya ibu yang bekerja, siang tiada masa, malam pula sudah penat. Bila mahu ajar anak mengaji!"

Sebenarnya, anda cuma perlukan 10 minit sahaja untuk mengajar anak mengaji. Ini tips ringkas untuk anda:-

Setiap hari peruntukkan 2-10 minit untuk sesi mengajar anak.

  • Ajarkan anak 1 sebutan huruf setiap hari bermula daripada buku 1 al-Fuqan.
  • Kerap tunjukkan kad imbas pada anak, samada ketika anak sedang bermain atau selepas mandi.
  • Pasang VCD AlFurqan supaya anak lebih cepat tangkap dan ingat.
  • Konsistens setiap hari 10 minit dan tambah kekerapan pada hujung minggu kepada 3 kali sesi.

 

Testimoni Pengguna

Berikut adalah beberapa testimoni dari pengguna yang mengajar anak mengaji dengan kaedah AlFurqan.

 

Testimoni 1 

Alhamdulillah.. anak sulung saya pandai membaca Al-Quran pada umur 4 tahun 2 bulan dengan bantuan set buku Al-Furqan. Saya beli buku Al-Furqan pada 15 Februari 2012 ketika umurnya 3 tahun 10 bulan dan menghabiskan 4 buku dalam tempoh 4 bulan sahaja. Seterusnya, saya beli Muqaddam pada 25 Jun 2012 untuk menguji kebolehan beliau membaca Al-Quran. Macam tak percaya, anak saya dah pandai membunyikan setiap ayat Al-Quran dengan betul..ternyata keberkesanan Set Al-Furqan membantu anak saya cepat membaca Al-Quran...

~Puan Butiwana dari Labuan, Sabah ( Tel: 019- 273 5941)~

 

Testimoni 2

Alhamdulillah.. anak sulung saya pandai membaca Al-Quran pada umur 4 tahun 2 bulan dengan bantuan set buku Al-Furqan. Saya beli buku Al-Furqan pada 15 Februari 2012 ketika umurnya 3 tahun 10 bulan dan menghabiskan 4 buku dalam tempoh 4 bulan sahaja. Seterusnya, saya beli Muqaddam pada 25 Jun 2012 untuk menguji kebolehan beliau membaca Al-Quran. Macam tak percaya, anak saya dah pandai membunyikan setiap ayat Al-Quran dengan betul..ternyata keberkesanan Set Al-Furqan membantu anak saya cepat membaca Al-Quran...

~Puan Butiwana dari Labuan, Sabah ( Tel: 019- 273 5941)~

 

Testimoni 3 

Anak saya, Musthoffa - 2 tahun 10 bulan. Dia kini jadi pelajar set buku Al-Furqan paling kecil di rumah saya. Pada mulanya, saya membeli set buku & kad imbas Al-Furqan ini untuk mengajar dan mengukuhkan bacaan anak2 saya yang mengalami masalah pembelajaran (abang & kakaknya yg berumur 8 & 10 tahun). Tetapi dengan sistem pembelajaran yang amat ringan & mudah difahami ini, Musthoffa telah dapat menangkap ilmu pelajaran yang diajarkan kepada kakak & abangnya. Semakin hari, semakin seronok dia menyelit dicelah2 kedua beradik tu untuk turut serta belajar. Untuk tidak menghampakannya, saya ajarkan dia sama. Ternyata dia mampu mengenal & mengingat huruf dan bunyi2 huruf yang diajarkan. Kakak & abangnya juga mengakui yang belajar dengan set buku ini lebih jelas dan mudah difahami. Saya akan teruskan mengajar anak2 saya menggunakan sistem buku Al-Furqan ini. Semoga mereka semua mendapat manfaat yang diharap2kan.

~Puan Izwah Masri, Puncak Alam, Selangor ( Tel: 013-3068518)~