4 Persiapan Untuk Ajar Anak Mengaji AlQuran Sedari Kecil

Posted by System 17/02/2017 0 Comment(s)

 

Sebagai mak ayah, memang seronokkan kalau anak-anak dari kecil lagi dah pandai mengaji. Lagi-lagi kalau dapat anak yang hafiz hafizah, mesti lagi seronok. Kata orang, sejuk perut mak mengandungkan anak tu.

 

Cuma, kita sebagai mak ayah kenalah usaha lebih sikit kalau mahu anak pandai mengaji. Kenalah ajar anak mengaji Al Quran sejak dia kecil lagi. Wujudkan biah (persekitaran) yang membantu anak kita belajar mengaji.

 

Disini, kami coretkan 5 perkara yang mak ayah perlu buat supaya anak kita tadi cepat pandai mengaji.

 

1. KERAP PERDENGARKAN BACAAN AL-QURAN DIRUMAH

 

Setiap hari, perdengarkan bacaan Al-Quran kepada anak. Terpulang samada mak ayah nak baca sendiri atau nak pasang mp3 sahaja. Yang penting, kita nak bagi anak kita terbiasa dengan bacaan Al-Quran.

 

Masa dia main ke, masa dia nak tidur ke, pasang je. Walaupun anak tengah bermain, minda separa sedar anak sebenarnya sedang merakam bacaan al-quran yang didengar. Jangan terkejut jika anak tadi boleh menghafal ayat-ayat yang dia sering dengar.

 

2. KONSISTEN

 

Yang ni paling sukar sebenarnya, nak konsisten!. Tapi begitulah, dalam apa-apa perkara termasuk untuk ajar anak mengaji mesti kena konsisten. Kalau kejap buat, kejap tinggal memang susah la sikit anak nak cepat pandai mengaji.

 

3. MAK AYAH SEBAGAI ROLE MODEL

 

Bapak borek, anak pun rintik. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Kan? Kita sendiri pun kenalah rajin membaca al-quran dirumah. Bila kita membudayakan membaca al-quran setiap hari, anak-anak akan terikut-ikut.

 

Jadikan membaca al-quran sebagai rutin harian selepas waktu solat. Baca depan anak-anak,supaya mereka terbiasa dengan rutin begitu

 

4. SEDIAKAN REWARD

 

Yang ni kena hati-hati sedikit, supaya anak kita mengaji al-quran bukan kerana hadiah. Hadiah sekadar motivasi sahaja. Misalnya, jika kita menggunakan silibus dari kaedah alfurqan misalnya, kita tetapkan syarat jika anak habis belajar mengaji dari buku 1, kita berikan hadiah.

 

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dibuat untuk ajar anak mengaji, nanti kami kongsikan lagi dalam artikel lain ya. Selamat beramal ^^

Leave a Comment