Free Download

Pakej Asas Al-Furqan
Blog Categories

5 Cara Efektif Berkomunikasi Dengan Anak-Anak

Posted by System 12/09/2015 0 Comment(s) Perkembangan Anak-Anak,

 

 

Komunikasi barangkali bunyinya agak serius dan berat. Boleh kita ganti perkataan ini dengan ‘berbual-bual’, ‘bersembang’, atau ‘berborak’ dengan anak-anak? ^^

 

Meluangkan masa untuk berbual-bual dengan anak bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah boleh membantu mereka dalam pembelajaran. Anak-anak akan lebih cepat menguasai tatabahasa, lebih yakin dan kemahiran mendengar yang lebih baik.

 

Sebagai ibu bapa kita haruslah berkomunikasi dengan lemah lembut terapi tegas - jelas, konsisten, yakin dan positif.

 

Disini kami ingin kongsikan cara-cara komunikasi berkesan yang boleh kita praktikkan. Cara ini sesuai untuk setiap peringkat umur kanak-kanak sehingga usia 12 tahun.

 

 

Tarik Perhatian Mereka

 

Mulakan dengan panggilan manja atau panggil nama penuh mereka sehingga mendapat perhatian sebelum kita mula bercakap. Duduk dengan anak-anak, pegang tangan mereka, mainlah bersama.

 

 

 

 

Eye Contact

 

Lihat wajah anak, pandang mata mereka dan samakan paras pandangan. Jika sedang berdiri, duduklah.


 

Bahasa Yang Baik

 

Gunakan bahasa yang simple, positif dan mudah difahami. Jika boleh, elakkan menggunakan perkataan "jangan" dan "tak boleh" sekerap mungkin.

 

 

Tumpu Sepenuh Perhatian

 

Beri perhatian penuh kepada mereka sewaktu mereka bercakap. Dengar dan nilai. Betulkan pandangan mereka jika ada yang salah.

 

 

Hormati Pandangan Mereka

 

Dengar luahan mereka. Jika bertanyakan sesuatu, tunggu sehingga mereka habis bercakap. Apakah mereka ada pilihan lain? Kadang kala kita perlu beri mereka peluang untuk membuat keputusan. Disini kita juga dapat fahami perasaan mereka dan anak-anak akan tahu bahawa pendapat mereka juga penting.

 

 

Kesimpulan

 

Komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak ini penting. Jangan kita anggap ia satu perkara yang remeh. Jadikan keutamaan dan kebiasaan untuk sekadar luangkan masa dan berborak dengan anak-anak tentang apa saja.

 

Ambillah masa untuk pupuk hubungan kekeluargaan yang baik dan bersabarlah dalam mendidik amanah dari Allah ini

.

 

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal : ayat 28 : “Dan ketahuilah harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya disisi Allah jugalah pahala  yang besar”.

 

Leave a Comment