Free Download

Pakej Asas Al-Furqan
Blog Categories

8 Nasihat Buat Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak

Posted by System 08/01/2016 0 Comment(s)

1001 nasihat dari orang tua-tua dan bijak pandai dalam mendidik anak-anak. Hari ni kami cuma mahu kongsikan sedikit dari pesanan itu untuk ingatkan kita bersama.

 

 

 

 

 

1. Kenali Sang Pencipta. Sebagai keluarga muslim, ajarilah anak-anak untuk mengenal Allah. Bawalah anak-anak berjalan-jalan melihat betapa indahnya alam ini diciptakan Allah, dan betapa hebatnya Allah menciptakan alam.

 

 

2. Jadilah role-model yang terbaik. Anak akan meniru orang tuanya. Maka, orang tua wajib menjadi role model terbaik bagi anak dalam seluruh aspek. Jika mahu anak-anak yang soleh solehah, orang tualah yang terlebih dahulu menjadi orang yang soleh solehah

 

 

3. Hargai minat anak. Anak-anak kita, Allah jadikan dengan kepandaian yang berbeza beza. Didik anak mengikut minat mereka dan berilah sokongan yang padu kepada anak-anak. Jangan paksa mereka memilih cita-cita mengikut kehendak kita.

 

 

4. Bacakan buku kepada anak. Selain dapat memupuk minat membaca dalam diri anak-anak, aktiviti ini juga menambahkan ilmu pengetahuan anak-anak. Bahkan, aktiviti membaca adalah antara ‘bonding moment’ antara ibu dan anak.

 

 

5. Selalu bertanyakan soalan kepada anak-anak. Rangsang kognitif anak-anak dengan bertanyakan soalan kepada mereka. Biar minda mereka berfikir untuk memberikan jawapan. Contohnya, jika anak sedang melukis matahari, tanyalah “kenapa perlu ada matahari ya”.... boleh jadi mereka menjawab tidak tahu. Pandu mereka supaya berfikir tentang manfaat adanya matahari. Kembangkan lagi “Siapa yang mencipta matahari?”

 

 

6. Beri anak peluang membuat keputusan. Biasakan anak-anak membuat keputusan, supaya mereka belajar tentang sikap tanggungjawab dan keyakinan diri. Dengan membuat keputusan sendiri, anak-anak juga dapat mengasah mindanya untuk menimbang tara baik buruk keputusannya itu. Contohnya seperti mahu pakai baju yang mana, mahu belajar apa hari ini, dan sebagainya. Pun begitu, bukanlah semua perkara perlu ditentukan sendiri oleh anak-anak. Pandai-pandailah orang tua membuka ruang yang sepatutnya untuk anak-anak membuat pilihan sendiri.

 

 

7. Makanan yang sihat. Makanan yang sihat dan seimbang memastikan perkembangan otak yang optimum. Badan yang sihat dan otak yang cerdas membolehkan anak-anak menyerap ilmu yang disampaikan dengan lebih baik. Jangan diracuni mereka dengan makanan ringan yang berlebihan

 

 

8. Beriadah. Anak-anak sangat bertenaga. Salurkan tenaga itu dengan beriadah bersama. Luangkan sedikit masa petang untuk bermain dengan anak-anak dipadang. Atau berjoging diwaktu pagi. Senaman meningkatkan tahap kesihatan.

 

 

Leave a Comment