Free Download

Blog Categories

Mengapa Anak Suka Bermain

Posted by staff 21/09/2016 0 Comment(s) Perkembangan Anak-Anak,

 

 

MENGAPA ANAK SUKA BERMAIN?

 

Anak saya suka bermain dan kini dia suka bermain mengikut apa yang diimaginasikannya. Bagaimana dengan anak Tuan dan Puan? Bukan anak saja, kita yang dewasa ini juga suka bermain apabila ada masa lapang. Main dengan gadjet, main dengan tanah, dan lain-lain. 

 

Ada ibubapa bertanya kepada saya, 

"Mengapa anak saya di tadika asyik dan selalu bermain?"

Soalan yang popular di bibir ibubapa dimana mereka risaukan minda anak dalam pendidikan. Anak-anak belajar melalui bermain. Semakin dia bermain, semakin dia mempelajari sesuatu dari apa yang dia lakukannya. Sama juga dengan kita sebagai ibubapa, ingin membeli mainan, pastikan ianya selamat dan ada NILAI untuk anak tersebut. Paling penting, permainan itu mengikut perkembangan umurnya. Anak itu akan bermain dan belajar sesuatu melalui cara dia bermain. 

 

 

Selain daripada itu, ada sahaja mainan yang dia lihat, tidak semestinya dia hendak bermain atau memilikinya, adakalanya dia hanya memanipulasikan objek tersebut dengan pegang, lihat, dan rasa untuk dapatkan satu kepuasan. Itu sahaja sudah mencukupi. Saya juga seorang ibu, tentunya saya risau apabila membawa anak saya 2 tahun 2 bulan ke kedai mainan, tetapi saya biarkan saja dia memegang dan melihatnya. Apabila sudah tiba masanya, kami ada rutin dengan melambai-lambai pada mainan tersebut untuk adanya pengakhiran atau mengambil gambar bersama mainan tersebut sebagai satu kenangan memori untuk masa akan datang. Sekiranya ada aktiviti menarik kita lakukan untuk mereka, mereka tidak akan rasa mengidam untuk dapatkan mainan tersebut. 

 

 

Anak-anak tidak ada mainan sekalipun, duduk dan lihat pada anak anda. Percayalah, dia akan bermain. Kita akan rasa seperti satu tekanan dan tertanya anak tidak letih ke? Tetapi ianya satu fitrah dan dia rasa terkawal apabila dia bermain. Apa yang dimaksudkan dengan bermain tanpa mainan? Maksudnya ialah dia bermain dengan jari-jemarinya, lidahnya, kakinya, dan lain-lain, "Autonomy Play" .

 

Penulis Tamu,

Sharifah Natasha bt Syed Abdul Jalil

Ijazah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, MSU

Leave a Comment