Free Download

Blog Categories

PANDUAN ASAS MENDIDIK ANAK

Posted by staff 01/09/2016 0 Comment(s) Perkembangan Anak-Anak,

 

 

PANDUAN ASAS BAGI IBUBAPA MENDIDIK ANAK 

 

 

Anak-anak kecil memerlukan kita sebagai ibubapa mahupun penjaga dalam mendidik, membimbing dan membantu di dalam pembelajaran dan perkembangan mereka. Di sini ada beberapa panduan asas dalam membimbing akhlak anak-anak. Diingatkan, setiap panduan berkesan mengikut peringkat umur. 

 

 

ARAHAN YANG MUDAH DIFAHAMI

Bincang dengan anak mengenai arahan yang hendak dilakukan. Ambil tahu juga pendapat darinya. Bagi anak yang kecil dan masih belum boleh membaca, disarankan menggunakan visual yang jelas. Contoh arahan yang mudah :

 

"Tolong simpan mainan"

"Ucapkan terima kasih "

 

 

 

FOKUS KEPADA APA YANG PERLU DITEGUR

 

 

 

Elakkan perkataan 'Jangan' atau 'tidak' sekiranya boleh. Berhati-hati memilih perkataan yang sesuai dalam membentuk akhlak anak-anak. Pastikan ianya mudah dan ringkas (Keep It Short & Simple). Fokuskan apa yang perlu ditegur. 

 

Contoh :

"Jalan perlahan-lahan" dari menyebut "Jangan berlari!"

 

"Pegang tangan ummi" dari menyebut "Jangan sentuh"

 

"Jejak kaki di lantai" dari menyebut "Jangan panjat di atas meja!"

 

 

 

 

BERCAKAP DENGAN ANAK, BUKAN 'MEREKA'

 

 

 

 

Anak-anak selalu tidak memberi perhatian apabila kita bercakap atau menjerit. Perlu memandang mata mereka mengikut paras mata anak itu. Lihat matanya, sentuh bahu anak dan bercakap dengan nada bukan marah. Berikan masa untuk anak respon, cuba menjadi pendengar yang baik atau berikan pelukan kasih sayang sekiranya anak itu masih belum boleh bercakap. 

 

 

Pelbagai panduan yang ada dalam membimbing anak, sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, boleh juga dapatkan buku keibubapaan .

 

 

Penulis Tetamu, 

Sharifah Natasha Syed Abdul Jalil

Ijazah Pendidikan Awal Kanak-Kanak,

MSU, Shah Alam. 

Leave a Comment