Free Download

Pakej Asas Al-Furqan
Blog Categories

Apa Maksud Fonik?

Posted by System 13/09/2016 0 Comment(s)

 

 

APA MAKSUD FONIK?

 

 

Fonik adalah satu kaedah ajar membaca yang mengaitkan bunyi dengan simbol tertentu.

Bagi pengamal kaedah fonik, anak-anak akan diajar bunyi asas dalam pertuturan, hubungkait bunyi dengan simbol/huruf/grafem dan bagaimana untuk menggabungkan bunyi/fonem itu untuk menghasilkan sukukata dan perkataan.

 

 

 

PERKATAAN TERBINA DARIPADA BUNYI

 

 

Sebenarnya dalam setiap patah perkataan yang kita pertuturkan setiap hari terdapat bunyi-bunyi yang disebut dengan cepat.

 

 

Contohnya apabila kita menyebut perkataan ‘ani’, kita sebenarnya menyebutkan bunyi "aa", "nn", "ii" dengan cepat. Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain di dunia, contohnya bahasa Inggeris, perkataan ‘cat’ terdiri daripada gabungan bunyi "keh", "aa", "teh"

 

 

Inilah konsep fonik, iaitu perkataan yang kita tuturkan itu sebenarnya adalah gabungan bunyi-bunyi asas yang terdapat di dalam perkataan tersebut. 

 

 

 

BUNYI BOLEH DIKAITKAN DENGAN SIMBOL (HURUF)

 

 

Bunyi-bunyi ini boleh dikaitkan atau dipadankan dengan simbol-simbol tertentu bagi mewakili bunyinya.

 

 

Dalam bahasa Malaysia contohnya, bunyi "keh" seperti dalam perkataan ‘kucing’ , ‘kasut , atau ‘takut’ diwakili oleh simbol ‘k’. Bagaimanapun, di dalam bahasa Inggeris, bunyi "keh" yang sama boleh diwakili oleh simbol ‘c’, ‘k’, ‘ck’ dan ‘ch’. Manakala, di dalam bahasa Malaysia pula simbol ‘c’ mewakili bunyi "ceh".

 

 

Oleh itu, setiap bunyi dalam perkataan di dalam bahasa Malaysia boleh diwakili oleh simbol-simbol yang telah ditetap untuk sistem ejaan bahasa Malaysia.

 

 

 

 

bunyi "beh" dan "aa" digabung menjadi bunyi "ba"

 

 

 

PELOPOR KAEDAH MEMBACA FONIK GABUNG BUNYI DI MALAYSIA

 

 

Dalam negara kita, kaedah Bacalah Anakku sangat terkenal dan telah membantu ribuan kanak-kanak membaca dengan cepat menggunakan prinsip fonik gabung bunyi. Bukan hanya diajar dirumah oleh ibu bapa, malah tadika-tadika juga menjadikan kaedah ini sebagai silibus untuk mengajar pelajar mereka membaca dengan cepat.

 

Pendekatan kaedah fonik gabung-bunyi Bacalah Anakku ialah mengajar bunyi yang paling kecil (fonem) di dalam bahasa pertuturan Bahasa Melayu yang baku.

Bunyi-bunyi yang paling kecil ini boleh diwakili oleh simbol-simbol yang dinamakan sebagai grafem iaitu simbol-simbol yang menjadi huruf-huruf yang kita guna sekarang.

 

 

Dalam Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku, anak-anak dierkenalkan dengan 3 bunyi vokal yang paling senang disebut dahulu,

iaitu "aa", "ii", "uu" yang masing-masing diwakili oleh simbol ‘a’, ‘ ‘i ‘ dan u’.

 

Apabila bunyi-bunyi tersebut diajar, simbol yang berkaitan akan ditunjukkan.

Oleh itu setiap kali anak anda melihat simbol , ‘a’ contohnya, dia akan menyebut bunyi "aa" bukan nama huruf ‘a’. Begitulah seterusnya bunyi 'beh' diwakili oleh simbo 'b'

 

 

Klik Disini untuk baca lanjut berkenaan Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku.

 

 

 

 

 

 

Leave a Comment