Case Study Cara Ajar Anak Baca Sukukata Tertutup

Posted by System 24/03/2017 0 Comment(s)

 

 

SIAPA DISINI ADA MASALAH ANAK TAK DAPAT BACA SUKUKATA TERTUTUP?

 

Anak saya pun macam tu juga. Sukukata terbuka (ma, ba, da) dia boleh baca sebab dia hafal. Tapi bila masuk sukukata tertutup yang tiga huruf tu (man, ban, dan) dia tak boleh nak baca.


Mana taknya, dalam Bahasa Melayu, ada 5 huruf vokal dan 21 huruf konsonen. Jadi sukukata terbuka sahaja ada 21 x 5= 105 gabungan. Antaranya ba, bi, bu, be, bo, ni baru konsonan 'b'. Ada lagi baki 20 konsonan c hingga z.


Sukukata tertutup pula, 21 x 5 x 21 = 2055 gabungan. ban, bin, bun, ben, bon... (anda sambung la ya tuk huruf konsonen lain)


Haa, tu la sebabnya kenapa anak saya lambat sikit nak boleh membaca, sebab terlalu banyak sukukata yang dia kena hafal.
 

 

TURNING POINT


Suatu hari saya hadir ke Kursus Intensif Fonik Bacalah AnakkuDalam kursus ini, saya belajar cara ajar anak membaca  menggunakan kaedah fonik bacalah anakku.

Sebenarnya anak saya ni dulu-dulu sebelum masuk tadika memang saya dah dedahkan dengan 'phonemic awareness' bacalah anakku ni. Tapi lepas hantar dia ke tadika saya stop ajar dia. Tak sempat nak habeskan

Since dia dah ada phonemic awareness & dah tahu sukukata terbuka, saya takde lah nak start balik dari awal. Saya cuma refresh balik bunyi-bunyi asas fonik yang dia pernah nyanyi dulu.

 

 



 

APA TU BUNYI ASAS?

 

Contohnya gini:-

 

huruf n, bunyi dia 'en'


bukan bunyi 'en' macam dalam perkataan 'encik', tapi bunyi 'en' macam kita sebut 'makan'. Cuba tegaskan (stresskan) bunyi 'n' kat hujung tu, bunyinya 'en' kan? (lidah kat belakang gusi atas)
 

haa, tu la bunyi huruf 'n' ni..


jadi bila saya tunjuk kad imbas 'ba', anak baca "ba" (sebab dia dah tahu). Lepas tu tunjuk kad imbas 'n', anak baca "en"... bila gabung (blend) & sebut laju, automatik tersebut "ban".


Ni step pertama la pakai kad imbas.

 

Bila anak saya dah faham konsep gabung bunyi tadi, dia dengan sendiri tahu baca sukukata tertutup yang lain.


Saya tak ajar pun sukukata "tal" bunyinya "tal". Tapi sebab dia ingat bunyi fonik 'l' adalah 'el', so dia pandai gabung jadi "tal". Hasilnya anak saya boleh baca seluruh perkataan "bantal".

 

Proses dia pandai baca sukukata tertutup ni sehari dua je. Memang cepat sebab dia dah ada asas phonemic awareness macam saya cite kat atas.

 

Bila pikir-pikir balik, kenapalah saya stop ajar dulu ya, kalau tak mesti lagi awal dia pandai baca. Kan?


Jadi untuk anak-anak yang belum pernah didedahkan dengan phonemic awareness, saya syorkan guna kaedah bacalah anakku & mula dari awal.
.

 


INI STEP2 ASAS MENGGUNAKAN KAEDAH FONIK BACALAH ANAKKU



1. Kenalkan bunyi fonik huruf. Bagi anak dengar & hafal bunyi fonik dari lagu Abu Ada Ayam

 

2. Buat teknik asosiasi. Kaitkan bunyi "aa" dengan bunyi "aa" dalam perkataan ayam



3. Ajar simbol. Bunyi "aa" tu simbol dia "a". (ajar simbol, bukan ajar nama huruf). Guna kad imbas.



4. Lepas tu boleh ajar gabungkan bunyi sukukata terbuka. "beh" "aa", "ba"
 

 


Ini saya cerita ringkas. Sebab ni pun dah panjang. Hehe.



Kalau post ni bermanfaat, jangan simpan seseorang tapi tolong sharekan ya

 

 

Leave a Comment