Merangsang Bayi Dengan Bunyi, Persiapan Awal Membaca

Posted by staff 25/08/2016 0 Comment(s)

 

 

Anak-anak perlu didedahkan dengan dunia bacaan sejak dari kecil lagi. Bukan hanya menerusi aktiviti membaca sahaja, tetapi boleh dirangsang melalui bunyi-bunyian. 

 

 


RANGSANGAN BAYI 0-6 BULAN

 

 

Di peringkat awal lagi, bayi sudah mengenal bunyi-bunyian, semenjak dia duduk di dalam kandungan lagi. Suara yang paling dekat dengannya adalah suara ibunya. 

 

 

 

Apabila dia telah melihat dunia, dunia bayi bagi dirinya adalah hanya bunyi-bunyian atau suara berdekatan dengannya. Terutama suara ibu. Dia sudah kenalpasti itu suara ibunya sejak di dalam perut ibunya lagi. Bayi paling suka suara ibunya. Suara ibu yang paling membuatkan dia tenteram dan dia rasa selamat. 

 

 

 

Apabila bayi sudah meningkat ke umur 2 bulan, lihat saja apabila ibunya menyanyi atau bercakap dengannya, dia akan teruja dengan suara ibunya . Kaki dan tangannya sangat aktif dan memandang kepada ibunya. Jikalau suara pula, dia akan bersuara nyaring sedikit tanda suka dan cuba berinteraksi semula dengan ibunya. 

 

 

 

Terdapat satu kajian, dimana, seorang ibu menyanyikan lagu fonik secara rutin sehinggalah anaknya besar. Lagu itu menjadi lagu kesukaan anaknya dan sering dinyanyikan oleh anaknya. Dia juga pantas dalam memahami kaedah fonik dan cuba membaca dalam usia paling awal iaitu 2 tahun. 

 

 

 

 


CONTOH AKTIVITI AWAL YANG SESUAI

 

1) Nyanyian ~ menyanyilah kepada anak baik lagu-lagu berunsur kerohanian mahupun lagu-lagu fonik

 

2) Berinteraksi dengan bayi ~ banyakkan berbual dengan bayi, bermain dengan mereka dan sebagainya

 

3) Pilih satu buku TANPA perkataan, dan bercerita tentang gambar didalam buku itu dengan pelbagai lenggok suara

 

 

dan yang paling penting...

'Lakukan secara konsisten dan amalkan secara rutin'

 

 

 

Penulis Tamu 

 

Sharifah Natasha Syed Abdul Jalil 
Ijazah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 
MSU

Tags:bacaan

Leave a Comment