Free Download

Blog Categories

Panduan Asas Ajar Anak Membaca Kaedah Fonik

Posted by System 13/07/2016 5 Comment(s)

 

 

PANDUAN ASAS AJAR ANAK MEMBACA KAEDAH FONIK

 

Mengajar membaca menggunakan Bacalah Anakku mahu pun Readeasy secara fonik bukannya susah. Kita hanya perlu ikut langkah berikut:

 

 

1. AJARKAN BUNYI HURUF

 

Perdengarkan Bunyi Huruf

 

"Dengar elok-elok dan tengok mulut mama ya"

"beh.. beh.. beh.. beh.. beh"

 

Pastikan anak-anak dapat melihat kepada pergerakkan mulut dan kedudukan lidah anda semasa menyebut bunyi huruf tadi. Ulang sebutan bunyi huruf sebanyak 5 kali dengan kadar perlahan dan berhenti (pause) antara setiap sebutan.

 

Tanya anak "Bunyi apakah yang kamu dengar tadi, boleh ulang? mama nak dengar"

 

Perbetulkan kesilapan sebutan anak jika perlu, dan berikanlah sedikit pujian sebagai rangsangan kerana berjaya menyebut dengan betul.

 

 

Perkenalkan Teknik Asosiasi

 

Teknik asosiasi ialah satu teknik yang menggabung satu aksi yang relevan dengan bunyi yang diajarkan. Contohnya bunyi /b/ dikaitkan dengan aksi bermain bola keranjang sambil membunyikan bunyi 'beh' 'beh' 'beh'.

 

Tonton rakaman ini, mudah-mudahan lebih memahami apa yang disampaikan diatas:

 

 

 

 

2. AJARKAN BENTUK DAN RUPA HURUF

 

Perkenalkan bentuk dan rupa huruf menggunakan kad imbas. Gunakan huruf kecil sahaja. Ulang sebut bunyi huruf sambil melihat kad imbas dan melakukan teknik asosiasi bersama anak.

 

Selain itu, anda & anak juga boleh melakukan aktiviti yang lebih kreatif seperti menyentuh  huruf berpasir sambil menyebut bunyi atau membentuk huruf dengan plastisin atau menulis huruf menggunakan cat air dengan jari dan sebagainya. Dengan cara ini, pembelajaran akan jadi lebih menyeronokkan.

 

 

 

 

 

3. AJAR ANAK MENGGABUNGKAN BUNYI HURUF

 

Menggabungkan Bunyi

 

Baik, setelah anak menguasai bunyi huruf dan mengenal bentuk huruf tersebut, kini masanya untuk ajar mereka menggabungkan bunyi pula. Proses menggabungkan bunyi adalah kunci utama kejayaan kaedah fonik

 

Caranya begini:

i) Mula-mua, anda tunjuk dan sebutkan bunyi /n/ ........ /a/,  /n/ ........ /a/,  /n/ ........ /a/ jadi /na/. 
Sebut perlahan-lahan, kemudian semakin cepat.
Ulang 2 kali.

 

ii) Minta anak anda untuk sebut bersama-sama pula
Ulang 2 kali

 

iii) Kemudian, anda tunjuk kad /n/ ........ /a/,  /n/ ........ /a/,  /n/ ........ /a/, jadi? (anak jawab /na/)
Ulang 2 kali

 

 

Ulang aktiviti 1-3 diatas untuk gabungan bunyi yang lain pula. Apabila anak sudah menguasai menggabungkan bunyi, tidak perlu mengulang setiap langkah sebanyak 2 kali.

 

Tonton rakaman ini untuk memberikan lebih kefahaman

 

 

 

 

 

Aktiviti Menggabungkan Bunyi

 

Lakukan aktiviti seperti ini untuk menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik

 

 

 

 

KESIMPULAN

 

Secara grafik, inilah langkah-langkah untuk mengajar anak membaca menggunakan kaedah fonik. Semoga berjaya

 

 

 

Artikel ini diolah dari Panduan Asas Mengajar Membaca, tulisan Puan Nik Eliani Pengasas Kaedah Fonik Bacalah Anakku (http://www.readnetwork.com/readnbaru/Cara_Mengajar.html). Diterbitkan semula dengan izin.

 

 

5 Comment(s)

Noor azila mohd noor:
13/09/2016, 09:45:09 AM
Reply

Salam.. Anak saya berumur 3 tahun.. Cadangan tuan buku mcm mna yang elok untuk anak yg berumur 3 tahun? Macam mana cara saya boleh dapatkan buku ini untuk anak saya? Saya hendak membeli untuk anak saya.. Saya sertakan no hp saya 0179408450.. Terima kasih

siti noraisyah binti sekan:
18/04/2017, 09:13:33 AM
Reply

as salam...anak sy dr umur 4 tahun sudah di hantar ke PASTI.sudah terbiasa dengan ajaran sukukata n ejaan.Masalah yang saya hadapai sekarang sejak bertukar sekolah ke-6 tahun anak saya kurang minat untuk belajar.Bagaimana sistem ini dapat membantu anak saya.saya sertakan sekali no HP 0193099022.Amat berharap dapat whatsap sy.

Junior Aulad [ujana niaga]:
18/04/2017, 02:19:28 PM, www.junioraulad.com
Reply

baik nanti kami whatsapp puan ya

NORHIDAYU BINTI MOHD SHAH:
16/08/2017, 11:29:56 AM
Reply

Assalamualaikum..anak saya sekarang berumur 5 tahun dan masih tidak pandai membaca.Di sekolah Pra tahun hadapan anak saya akan menggunakan kaedah suku kata untuk belajar membaca. Jadi adakah anak saya akan keliru jika di rumah saya akan mengajar cara fonic dan di sekolah akan menggunakan cara suku kata..Harap maklum..

lyana:
23/08/2017, 02:04:15 PM
Reply

assalamualaikum ...anak sy berumur4thun lbih ..masih belom membaca ..mengenal hruf juga kdg2 lupa ...agak2 yg mane sesuai utk ank sy ye..bole ws no sy 0173428134

Leave a Comment