Risau Anak Belum Pandai Membaca

Posted by System 24/08/2017 0 Comment(s)

.

 

Umur Huda 4 tahun,

saya ajar dia membaca guna Bacalah Anakku.
.

Masa tu cuma bukakan VCD Abu Ada Ayam, dan bagi dia dengar lagu-lagu dalam tu.
.

Alhamdulillah, dia jenis visual dan audio. Jadi semua bunyi huruf dalam tu dia cepat ingat.

.
Bila nak masuk buku, ia agak mencabar. Terutama bab nak gabung bunyi.
.

Kerana kekurangan ilmu, maka saya pun give up, dan fikir,

.

===

“Serah pada sekolah sajalah untuk ajar dia membaca. Lagipun di sekolah teknik nya mengeja. Nanti clash!”
===

.

Ya lah kan.. Zaman kita dulu takde fonik-fonik ni.

Yang ada cuma mengeja-ngeja dan sebut huruf sekali. Beza sangat dengan fonik, anak membaca dengan sebut bunyi dan gabung bunyi-bunyi tu.
.

Bila Huda nak masuk 6 tahun, 
Dia dah pandai baca 2 suku kata. Semuanya dia hafal. Saya mula risau, sempat ke nak pandai membaca sebelum naik darjah 1?
.

==

“Nak tak nak, kena ajar juga guna Fonik ni. Supaya Huda boleh cepat membaca”.

==

.

Akhirnya, bulan Feb yang lepas saya join Kursus Intensif Bacalah Anakku dan juga Read Easy sekali.
.

Habis kursus, baru nampak jelas, kaedah nak ajar anak cara fonik ni.


“Kacang je rupanya”.

.

Saya mula ajar dia,terus kepada 3 suku kata,
guna buku 6 terus.
.

Alhamdulillah, dalam masa 3-4 hari, anak saya dah boleh baca semua perkataan.
(Bukan magik ya, sebab Huda dah kenal bunyi-bunyi tu sebelum ni, jadi proses belajar lebih mudah).
.

Dalam 2 minggu, 
Habis buku 8 , Alhamdulillah..
Semua nya dari Allah. Kalau Allah nak bagi, sekejap je kan.
.

.

Sedikit Tips Bagi Ibu-ibu Yang Nak Mulakan Ajar Anak Membaca :

 

+ Pohon doa pada yang Maha Kuasa. Sebab anak cepat pandai atau lambat, Allah yang beri. Bukan asbab 100% usaha kita.

.

+ Yakin dengan kaedah yang kita nak gunakan. Jika kita dah yakin yang kaedah tu memang akan bantu anak kita membaca, teruskan. Jangan toleh belakang.
.

+ Belajar dari mentor dan orang-orang yang berjaya ajar anak membaca. Banyak perkara yang kita nak capai, lebih cepat dicapai bila ada sumber rujukan.
.

+ Konsisten. Ajar anak membaca, bukan ajar hari ni dan esok lusa dah pandai. Salah satu untuk konsisten ni kita kena ada dalam kelompok yang sama. Jadi, cubalah add friend dengan ibu-ibu yang ajar anak kat rumah
.

+ Mulakan dari awal. Ajar membaca awal bukan bermakna kita merampas dunia kanak-kanak. Tapi dengan bermain dan secara tak formal. Tambah ilmu bagaimana cara ajar kecil.
.

+ Jangan terlalu push anak untuk kepuasan diri kita sendiri. Dengan kaedah yang betul, sepatutnya anak enjoy belajar dan bukannya dipaksa-paksa.
.

+ Gali ilmu tentang kaedah yang kita nak gunakan. Lagi-lagi bila ajar anak kecil, ada tekniknya. Bila ada ilmu, insyaallah jalan menuju matlamat lebih jelas.
.

.

Jadi Kalau Tanya Saya Perlu Ke Pergi Kursus Untuk Belajar Fonik?

.

Saya jawab,
Dari panduan yang ada dlm buku dah memadai.

 

Tetapi datanglah lah bertalaqi secara terus dengan pengasas. Banyak ilmu yg dia akan ajar. Belum masuk bab berkat berguru. 

.

.

.

Kursus Intensif Ajar Membaca Kaedah Fonik Bacalah Anakku

 

Berita baiknya, 09 September 2017, Sabtu akan ada kursus yang sama macam saya pergi dulu tu.

Kali ni buat di Shah Alam.

.

Oh ya, 9 September ni cuti sempena Hari Keputeraan YDP Agong. 

Jadi rasanya semua orang cuti. Jom lah join kursus ni.

.

Antara yang akan diajar dalam kursus ni:

+ Mengenai fonik

+ Latihan bunyi

+ Teknik mengajar bunyi

+ Teknik menggabung bunyi

+ Aktiviti bermain

+ Bengkel ABM

+ Cadangan pelaksanaan mengajar

.

Kursus ni adalah kursus praktikal.

Kita tak sekadar berteori. Guru tunjuk didepan. Kita buat praktikal dalam kumpulan.

.

.

Apa Hasil Selepas Kursus?

 

Masakan penceramah dapat menjanjikan hasil.  Mereka hanya pemudahcara.

.

Tapi, harapan kami

Jika anda seorang guru tadika, anda akan lebih yakin untuk mengajar anak murid membaca menggunakan fonik

Jika ada seorang ibu, anda juga lebih yakin untuk mengajar anak sendiri dirumah

.

.

Tempat Adalah Terhad.

 

Ini bukan gimik. Tempat memang terhad kepada 80 peserta sahaja.

Sebab itu lah kapasiti tempat program.

.

Jadi, daftar sekarang. 

Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Ogos 2017

 

 

 

Leave a Comment