Yang Mana Dulu? Ajar Anak Membaca Bahasa Melayu Atau Bahasa Inggeris?

Posted by System 22/04/2017 0 Comment(s)

 

Ajar Anak Membaca Bahasa Melayu vs Bahasa Inggeris

Nak Ajar Yang Mana Dulu?

 

 

Baru-baru ini, saya buat sedikit survey di facebook saya, tentang nak ajar anak yang mana dahulu? Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris?

 

Respon yang saya terima bercampur baur.

 

Mari saya kongsikan sebahagian dari respon ibu bapa yang mencadangkan agar ajar anak membaca bahasa melayu terlebih dahulu.

 

 

Ini pula beberapa pendapat dan pengalaman dari ibu bapa yang mengajar anaknya membaca dengan Bahasa Inggeris

 

 

Namun, ada juga ibu-ibu yang berpendapat bahawa kita boleh mengajar kedua-duanya serentak. Ini kerana otak kanak-kanak sangat hebat untuk menangkap kedua-dua bahasa ini sekaligus.

 

 

Pandangan Saya?

 

Sementara anda membuat pilihan, izinkan saya kongsikan pandangan peribadi saya dalam soal ini ya.

 

Saya berpandangan, untuk memilih samada mahu mengajar anak membaca bahasa melayu atau bahasa inggeris terlebih dahulu banyak bergantung kepada bahasa pertuturan harian yang digunapakai dirumah.

 

Jika dirumah, anda bercakap dalam bahasa melayu dengan anak maka adalah lebih bermakna untuk mengajar anak membaca dalam bahasa melayu terlebih dahulu

 

Dengan cara ini, baru ada kesinambungan dari bahasa pertuturan, penulisan dan pembacaan anak.

 

Begitulah sebaliknya. Jika dirumah anda melatih anak bertutur dalam bahasa inggeris maka sangat wajar mengajar anak membaca dalam bahasa inggeris juga.

 

Pandangan saya ini, turut sama dikongsi oleh ibu ibu ini.

 

 

 

 

Kelebihan Pengamal Fonik Bacalah Anakku

 

Bagi ibu bapa yang mengajar anak membaca bahasa melayu menggunakan Fonik Bacalah Anakku, sebenarnya ada satu kelebihan apabila mahu mengajar bahasa inggeris suatu hari nanti.

 

Baca : Ajar Anak Membaca Secara Fonik Bacalah Anakku

 

Puan Nik Eliani, pengasas Bacalah Anakku memberitahu bahawa silibus ReadEasy disusun supaya anak yang belajar Bacalah Anakku dapat belajar bahasa inggeris dengan mudah kerana fonik kedua-duanya hampir sama.

 

Bezanya hanya pada beberapa bunyi huruf, contoh nya bunyi /k/ (keh) dalam bahasa melayu diwakili oleh simbol 'k', manakala untuk bahasa inggeris diwakili oleh simbol 'c'.

 

 

Tidak perlu tunggu anak habiskan silibus sehingga buku #8 Bacalah Anakku, tapi sebaik sahaja tamat buku #6 sudah boleh mulakan dengan ReadEasy.

 

Boleh mulakan ajar anak dengan memainkan lagu Cory Cat untuk anak biasa dengan bunyi dalam bahasa inggeris. 

 

 

Ibu ibu yang lain, apa pilihan anda?

 

Boleh kongsikan pandangan anda dalam ruangan komen dibawah? Moga bermanfaat untuk pembaca-pembaca yang lain

 

Terima Kasih :)

 

Leave a Comment