Pakej Bestari Bacalah Anakku

Pakej Bestari Bacalah Anakku

PAKEJ BESTARI BACALAH ANAKKU

Pakej Lengkap Ajar Anak Membaca di Rumah

 

 

Sebelum kita bermula, mari tonton rakaman Adik Nurani ini:

 

 

Tahniah kepada Puan Rohayati yang berjaya mengajar anaknya Nurani Mohd Fahmi, membaca pada usia 3 tahun 8 bulan

 

Bagaimana? Mahu anak anda cepat membaca seperti adik Nurani?

Jika ya, baca dibawah.

 

Pernahkah ibu-ibu terfikir, mengapa nak ajar anak membaca terlalu awal?

Tidakkah nanti anak-anak akan cepat bosan apabila masuk ke sekolah?

Sebenarnya, umur kanak-kanak 0-5 tahun adalah waktu yang paling terbaik untuk mem'program' kan mereka. Menurut pakar, usia ini merupakan "Golden Age Moment" di mana 50% kecenderungan belajar disemai pada masa ini.

Jemput baca artikel kami mengenai mengapa mahu anak membaca awal di sini

 

Kenapa mesti Pakej Bestari Bacalah Anakku?

Sudahkah anda bersedia untuk belajar membaca?

Anak-anak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun. Bagaimanapun, apakah kaedah yang sesuai dengan anak-anak anda?

Kaedah mengeja? Jangan.

Kaedah suku kata? Tidak juga.

Gunakanlah kaedah fonetik.
-----

 

Mengapa?

Kaedah fonik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca.

Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.

Untuk melihat panduan mengajar anak menggunakan Set Bacalah Anakku, klik sini

 

Keistimewaan Produk

  • Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas
  • Mengikut kaedah fonetik
  • Suku kata mudah
  • Bermakna dan berulang
  • Meningkatkan kemahiran membaca
  • Memperkukuh kekuatan ingatan
  • Kemahiran diperkenal secara bertahap
  • Illustrasi dan kad imbasan menarik

 

Mari kita lihat kandungan pakej ini

Pakej ini terdiri daripada:

Set Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku
Mengandungi 8 buku Bacalah Anakku, kad imbas bacalah Anakku dan buku panduan Bacalah Anakku

 

VCD Abu Ada Ayam & buku mewarna
Mengandungi VCD Abu Ada Ayam, 30 keping kad imbas dan buku mewarna

 


Buku Aktiviti Bacalah Anakku - Fonetik Ekspress 1

Merupakan sebahagian daripada aktiviti bahasa yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak dan murid-murid dalam usaha menguasai kemahiran membaca. Buku Aktiviti Fonetik Ekspres ini menekankan aspek pengamatan dan diskriminasi huruf-huruf serta kekuatan ingatan mental mereka. Aktiviti-aktiviti di dalam buku ini hendaklah dibuat semasa pengajaran kumpulan ataupun diselangselikan dengan permainan bahasa

 
 

Buku Aktiviti Bacalah Anakku - Fonetik Ekspress 2

Merupakan sebahagian daripada aktiviti bahasa yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak dan murid-murid dalam usaha menguasai kemahiran membaca. Buku Aktiviti Fonetik Ekspres ini menekankan aspek pengamatan dan diskriminasi huruf-huruf serta kekuatan ingatan mental mereka. Aktiviti-aktiviti di dalam buku ini hendaklah dibuat semasa pengajaran kumpulan ataupun diselangselikan dengan permainan bahasa

 
Buku Permainan Kreatif

Buku ini mengandungi Panduan khas permainan kreatif untuk mengajar membaca menggunakan kaedah fonetik. Buku ini memudahkan pengajaran dan pembelajaran, dan menjadikannya lebih menyeronokkan dan berkesan

 

Poster Abu Ada Ayam

Mengandungi semua huruf dan asosiasi yang ditunjukkan dalam VCD Abu Ada Ayam supaya anak-anak lebih mudah belajar dan ingat pada bila-bila masa

 

 

Mungkin ada yang mengeluh, 

"Oh saya ibu yang bekerja, siang tiada masa, malam pula sudah penat. Bila mahu ajar anak membaca!"

Sebenarnya, anda cuma perlukan 10 minit sahaja untuk mengajar anak membaca. Ini tips ringkas untuk anda

 

Tips ajar anak untuk ibu bekerjaya :

  1. Setiap hari peruntukkan 2-10 minit untuk sesi mengajar anak.
  2. Ajarkan anak 1 sebutan huruf setiap hari bermula daripada buku 1 Bacalah Anakku.
  3. Kerap tunjukkan kad imbas pada anak, samada ketika anak sedang bermain atau selepas mandi.
  4. Pasang VCD Abu Ada ayam supaya anak lebih cepat tangkap dan ingat.
  5. Konsistens setiap hari 10 minit dan tambah kekerapan pada hujung minggu kepada 3 kali sesi.

 

 

Apa kata pengguna Set Bacalah Anakku?

 

 

"... Terbaca pengalaman puan mengajar anak melalui kaedah Bacalah Anakku, saya juga mngajar kaedah yg sama dgn puan terhadap kedua-dua anak saya. Alhamdulillah anak sulung saya yg kini berusia 8 tahun telah dapat membaca sepenuhnya ketika berusia 3 tahun setengah dan dengan lancar sekali ketika umurnya mencecah 4 tahun. Kaedah ini saya mulakan ketika dia berusia dua tahun. Untuk anak kedua saya mulakan dari awal memandangkan saya telah pun berhenti kerja ketika dia lahir. Dalam usianya tiga tahun ini,dia telah pun dapat membaca ayat-ayat pendek. Alhamdulilah."

~Puan As, Batu Pahat Johor~

 

 

 

"Alhamdullilah, sepanjang saya mengajar Bacalah Anaku, murid-murid dapat membunyikan dengan baik dan betul. Di samping itu kaedah fonik memboleh murid-murid membaca dengan cepat kerana mereka dapat mengenal dan mengingat bunyi huruf berbanding mengingat nama huruf." -

~Nabilah binti Othman-Peserta Kursus Bacalah Anakku di Hotel Swiss Inn, Sungai Petani~ 

 

 

 

"Saya dah cuba bacalah anakku series ni.. beli dgn pn_rosnita... anak saya dah boleh membaca ketika umurnya 5thn... sekrg dia dah darjah satu dan lancar membaca BM&BI...
sekrg ni tengah ajar adiknya pula.... sesi mengajar 5minit je...biasalah budak lama2 kang dia boring lak. Sehari 3x... pastikan sesi mengajar tu menyeronokkan... " 

~Puan Sabrina, Muar Johor~

 



 

 

 

 

 

  • Views: 494
  • Product Code: EDU
  • Availability: 1
341 Product(s) Sold
  • RM90.00
  • Ex Tax: RM90.00

Tags: ajar anak membaca, cara ajar anak membaca, buku bacalah anakku

Read Easy Sudahkah anda bersedia untuk belajar membaca? Sebagaimana yang dijelaskan pada is..
RM50.00
Pakej Bestari AlFurqanAjar Anak Mengaji AlQuran Di Rumah Sekiranya mampu, ajarlah sendiri..
RM100.00