Peluang Perniagaan

 

 

 

 

DUA PELUANG NIAGA BERSAMA JUNIOR AULAD

 

Terima kasih kerana berminat untuk menjana pendapatan online bersama kami. Ada dua tawaran untuk anda, iaitu;

 

 Sebagai Agen Dropship

 Sebagai Agen Borong

 

 

APA ITU DROPSHIP?

 

Dropship adalah mekanisma dimana para agen akan mempromosikan produk-produk Junior Aulad baik secara online mahupun offline. Jika ada tempahan dari pelanggan, para agen akan membuat tempahan di laman web kami. Pihak kami pula akan poskan tempahan tadi kepada pelanggan agen. Nama pengirim akan ditulis sebagai nama agen.

 

Jadi sebagai agen dropship, anda:

 

  • Tidak perlu menyimpan stok
  • Tidak memerlukan modal besar
  • Tidak perlu bersusah payah membungkus barang
  • Tidak perlu beratur panjang di pejabat pos 
  • Tidak perlu menanggung risiko barang rosak

 

 

 

KEUNTUNGAN AGEN DROPSHIP

 

Margin keuntungan agen dropship adalah sekitar 15-20%. Majoriti produk kami berikan 20% margin keuntungan.

 

Kita ambil satu contoh, Produk Set Bacalah Anakku

  • Harga Jualan : RM40
  • Harga Agen : RM32
  • Jadi keuntungan anda = RM40-RM32 = RM8 (iaitu 20% keuntungan dari harga jualan)
  •  

 

Contoh Paparan Laman Web Agen Dropship

 

 

KELEBIHAN MENJADI AGEN DROPSHIP JUNIOR AULAD

 

 

1. BERSISTEM. Kami menggunakan laman web. Oleh itu agen dapat menyemak kuantiti stok dengan mudah tanpa perlu bertanya kepada kami.

 

2. SUPPORT GROUP. Kami mempunyai support group FB & Whatsapp untuk para agen. Menerusi group ini, agen boleh bertanyakan soalan-soalan berkaitan dengan produk atau pemasaran. Kami dan senior-senior agent akan membantu

 

3. POSTER & SKRIP JUALAN DISEDIAKAN. Untuk sebahagian produk, kami sediakan poster dan skrip jualan yang agen boleh copy & paste.

 

 

PENDAFTARAN DROPSHIP

 

Kami mengenakan yuran sekali seumur hidup sebanyak RM50 sahaja.  Sila skrol kebawah dan klik Add To Cart Pakej Agen Dropship.

  1. Klik Add To Cart
  2. Click Checkout & Isi borang selengkapnya
  3. Buat bayaran Pendaftaran
  4. Emelkan resit/bukti pembayaran kepada dropship@junioraulad.com. Tulis subjek emel sebagai "Pendaftaran Agen Dropship"
  5. Berikan kami masa 48 jam waktu bekerja untuk respond

 


 

 

PERIHAL BORONG

 

Pakej borong sangat straight forward. Kami tak mahu bercerita panjang sangat. Ringkasnya, sebagai agen borong anda akan mendapat diskaun sehingga 35% dari harga jualan.

 

Bagi pembelian kali pertama, MINIMUM ORDER adalah sebanyak RM700 sahaja (selepas ditolak diskaun borong). Bagi pembelian kedua & seterusnya, anda hanya perlu memborong minimum RM350 sahaja.

 

Tiada yuran pendaftar untuk agen borong. Juga tiada Support Group. Tetapi anda masih boleh menggunakan gambar & copywriting dari FB kami jika mahu.

 

 

PENDAFTARAN AGEN BORONG

 

Sila skrol kebawah dan klik Add To Cart Pakej Agen Borong.

  1. Klik Add To Cart
  2. Click Checkout & Isi borang selengkapnya
  3. Buat bayaran Pendaftaran
  4. Emelkan resit/bukti pembayaran kepada dropship@junioraulad.com. Tulis subjek emel sebagai "Pendaftaran Agen Borong"
  5. Berikan kami masa 48 jam waktu bekerja untuk respond

 


 

 

Q&A

 

Jika saya mendaftar sebagai agen dropship, bolehkan pada masa yang sama saya mahu memborong?

Ya boleh, tapi anda perlu create akaun lain menggunakan email address yang berbeza. Pembelian pertama & seterusnya adalah seperti yang diterangkan diatas

 

 

Jika saya mendaftar sebagai agen borong, bolehkan pada masa yang sama saya mahu dropship?

 

Ya boleh, tapi anda perlu create akaun lain menggunakan email address yang berbeza. Margin dropship adalah seperti yang diterangkan diatas

 

 

 

j

 

 

Show:
Sort By:
  APA ITU DROPSHIP? Dropship adalah mekanisma dimana para agen ak..
RM50.00 Ex Tax: RM50.00