Maklumat Penghantaran

Pengenalan

Kebiasaannya kami menggunakan perkhidmatan Poslaju atau pos parcel oleh Pos Malaysia. Pelanggan boleh memilih perkhidmatan yang diingini semasa proses 'checkout'

Caj penghantaran adalah bergantung kepada pemilihan kurier, destinasi penghantaran dan berat samada berat sebenar atau berat volumetrik (mana-mana yang lebih berat)

Caj penghantaran boleh disemak seperti berikut :

(pembetulan, langkah 2a sepatutnya 'klik shopping cart' bukan 'checkout)

 

'Cut Off' Pembayaran

Pembayaran dan memaklumkan pembayaran sebelum jam 10pagi Isnin-Jumaat akan diproses dan diserahkan kepada kurier pada hari yang sama.

Jika pelanggan lewat membuat pembayaran dan memaklumkan pembayaran, tempahan anda akan diproses keesokkan hari (hari bekerja, Isnin-Jumaat)

Kami tidak beroperasi pada Sabtu dan Ahad, oleh itu tempahan anda hanya akan diproses pada Isnin berikutnya.

 

Jangkaan penerimaan tempahan selepas bayaran dibuat

Poslaju : 1-2 hari* (bandar utama), 2-3 hari* (lain-lain kawasan)

Pos Parcel : 4-7 hari* dalam Malaysia (jangkakan kelewatan untuk kawasan pendalaman, terutama pendalaman Sabah/Sarawak)

nota: * hari bekerja, iaitu Isnin-Jumaat, atau Ahad-Khamis bagi sebahagian negeri.

 

Tanggungjawab Kami dan Pelanggan

Kami bertanggungjawab untuk memproses tempahan pelanggan seperti mana diatas. 

Pelanggan pula bertanggungjawab untuk menyemak sendiri status penghantaran menggunakan nombor rujukan yang diberi. Status penghantaran boleh disemak di http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_poslaju.asp

Pelanggan boleh terus menghubungi Poslaju atau Pos Malaysia di talian 1-300-300-300 untuk urusan tambahan jika perlu, seperti barang lewat sampai, memohon penghantaran kali kedua atau lain-lain keperluan.

Namun pihak kami sentiasa bersedia jika anda memerlukan bantuan kami.

Sebagai catatan, kami tidak dapat mengawal polisi penghantaran syarikat kurier.