Ya, dunia anak-anak adalah bermain. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlulah kreatif mengajar mereka membaca menggunakan pendekatan bermain, sehinggakan mereka sendiri pun tidak sedar yang kita sebenarnya sedang ajarkan membaca.
Aktiviti Tutup Botol
Teacher Dee pernah share aktiviti tutup botol ni di facebook. Aktiviti ni teacher buat bersama anak murid teacher di reading center kami.
Aktiviti ini adalah sebahagian daripada latihan membina sukukata dan perkataan secara fonik.
Keperluan
Kertas sticker
Kertas A4 tebal
Penutup botol
Seterusnya
Download file di bawah, dan print. Kemudian gunting huruf huruf dan tampal di atas penutup botol.
Selain penutup botol, anda juga boleh gunakan sudu plastik, lego, bongkah kayu dan lain-lain.
Tak ada kertas sticker? takpe, print atas kertas biasa pun boleh, cuma lepas tu kena guna gam.
Sepanjang saya mengusahakan kelas membaca, ada beberapa isu ‘common’ yang sering diadukan oleh ibu bapa dengan saya.
Antaranya;
Anak tak nak belajar dengan mak ayah, tapi dengan guru boleh pula
Cepat bosan & kurang fokus masa belajar
Malah ada yang menangis bila disuruh membaca
Dalam artikel ini, saya akan berikan gambaran kenapa isu diatas timbul, dan apa yang patut ibu bapa lakukan supaya anak-anak excited nak belajar dan belajar tanpa stress, tanpa perlu paksa-paksa.
Fakta
Tiada akademik untuk anak-anak bawah 7 tahun
Menurut OT Aisyah Rozalli, pembelajaran dan pengajaran untuk anak-anak berumur 7 tahun hanyalah bersifat pra-akademik & bukannya akademik.
Sebarang pendedahan kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah berkonsepkan persediaan. Persedian bermaksud NO DRILLING!
Ramai ibu bapa menggunakan pendekatan akademik, tegas dan keras, menyebabkan anak-anak merasakan belajar itu tidak seronok. Maka lahirlah isu-isu di atas tadi.
Jadi, Nak Buat Macam Mana?
1. Ajar Dalam Suasana Bermain
Dunia anak-anak adalah bermain. Mereka belajar sambil bermain, dan bukannya belajar secara akademik seperti pelajar sekolah.
Contohnya, ibu bapa menampal kad huruf atau sukukata pada dinding & minta anak-anak baling bola atau tembak menggunakan pistol mainan sambil menyebut bunyi huruf berkenaan.
Bagi anak-anak, mereka rasa seperti sedang bermain tembak-tembak, tanpa mereka sedar sebenarnya ibu bapa sedang memperkenalkan huruf tertentu.
2. Guna Teknik Multi Sensori
Multisensori adalah kepelbagaian deria. Lebih banyak deria yang terlibat, anak akan lebih mudah ingat apa yang dipelajari. Proses belajar juga jadi lebih menarik.
Contohnya, tunjuk kad huruf, sambil menyebut bunyi huruf. Kemudian minta anak-anak bentukkan huruf berkenaan menggunakan playdoh atau menulis huruf menggunakan jari di atas pasir.
Ada 3 deria terlibat dalam proses di atas iaitu penglihatan, pendengaran dan sentuhan.
3. Singkat Tetapi Kerap
Daya fokus anak-anak adalah sangat singkat. Formulanya 2-5minit x umur.
Contohnya, untuk anak berumur 5 tahun, fokus mereka hanya bertahan selama 10-25 minit sahaja.
Oleh itu, sesi belajar perlulah singkat tapi kerap & berhenti semasa anak-anak tengah excited belajar. Ini menyebabkn mereka tak sabar-sabar untuk sambung pada sesi berikutnya.
4. Berikan Reward
Siapa yang tak sukakan hadiah? Semua orang suka, anak-anak pun begitu.
Setiap kali mereka menyebut bunyi huruf dengan betul atau mencuba dengan bersungguh, puji mereka.
Sediakan carta dan berikan markah untuk setiap pencapaian mereka. Jika dapat kumpul markah tertentu, akan dapat hadiah tertentu.
Dengan cara begini, anak-anak akan lebih bersemangat untuk belajar.
5. Pelbagaikan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Ramai ibu bapa hanya menggunakan buku untuk mengajar anak-anak membaca. Saiz tulisan yang kecil dan banyak perkataan menyebabkan anak sukar untuk fokus.
Anak mungkin menganggap ia sebagai bahan permainan, namun BBM dapat membantu anak-anak lebih faham & lebih ingat apa yang dipelajari.
Kesimpulan
Jadikan sesi belajar sebagai sesi yang santai, singkat, kerap dan menyeronokkan.
Jangan sesekali drilling, atau keras seperti anak-anak besar di sekolah. Dunia mereka adalah dunia bermain, dan mereka belajar sambil bermain.
Dari segi matlamat pula, jangan terlalu mendesak seperti mahu anak pandai membaca sebelum umur sekian-sekian. Jadikan proses belajar sebagai suatu pengalaman yang menyeronokkan buat mereka.